16.1.12

Meluah perasaan tak semestinya couple



Assalamualaikum..


Hye wanita-wanita kesunyian yang menyimpan perasaan pada lelaki idaman. Macam mana keadaan hati korang sekarang ni? Bila korang nak meluahkan perasaan terpendam korang tu? Aku nak tahu jugak siapa ka lelaki bertuah yang jadi pilihan hati kamu tu. Mana la tahu aku ni tersenarai.. ye dak?

Adakah dia seorang artis,tan sri,chef atau orang kebanyakan..

Top5 lelaki idaman malaya..

1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Anwar Hadi
4. Awal Ashari
3. Adan Comel bukan nama sebenar..

Kebetulan pulak kelima-lima nama lelaki di atas bermula dengan huruf A.
Hanya kebetulan okay.. bukan di atur.. *kebetulan la sangat

Cukup aku merepek. Terus saja pada tajuk entri.

"Hye Fazura"
"Hye Adan"
"Fazura, sebenarnya dah lama saya suka awak,awak suka saya tak?"
"Sebenarnya saya lagi sukakan awak..dah lama saya pendam perasaan ini tapi saya ni pompuan malulah nak move 1st"
"Larh,rupanya awak pun ada hati kat saya yang super duper hensem,kacak bergaya ni"
"Lebih-lebih pulak mamat ni.. cepuk kang..!"
"Gurau je la,sekarang ni saya dah tahu awak suka saya,dan awak pun tahu saya suka awak.So.. kita teruskan sajalah ke step seterusnya,berkapel-kapelan,dah suka sama suka la katakan,lagipun kita dah lama kenal"

stop dialog.

Aku selalu je tengok situasi dialog di atas dalam drama tibi.

Kamu pernah alami situasi seperti dialog di atas tak? situasi tu takda la persis sebijik dialog di atas, alarh,, yang sama waktu dengannya je.. Meluahkan perasaan.

Meluahkan perasaan pada seseorang yang amat diminati,dalam masa yang sama sebenarnya kamu dah menjalin hubungan sebagai kawan dengan dia, dan yang menariknya dia yang selama ini kamu tak tahu langsung tentang isi hatinya sebenarnya amat meminati kamu.

Selepas meluahkan perasaan dengan hati yang berbunga-bunga,jadi la kamu pasangan bahagia yang entah
berapa lama akan bertahan hubungan itu. Bahagia dengan dunia percintaan kamu. Hanya Allah yang tahu.
Andai kata bercinta hingga ke jinjang pelamin ok la jugak kannn. Syukur la.. tapi kalau yang cinta tak kesampaian tu macam mana? Maksud aku cinta terputus di tengah jalan.

Bagus-bagus sebelum ni hubungan korang baik sebagai kawan, hanya kerana cinta tak sampai ke jinjang pelamin. Kamu bermasam muka,kalau boleh tak nak terserempak dengan insan yang pernah kamu cintai.

Beribu janji di lafaz.. sejuta ikrar setia di ucap.. akhirnya putus jua cinta yang dicipta.

Bila dah clash tu,jangan bersedih beb,itu namanya dia bukan jodoh kamu.Kamu merancang,Allah jugak merancang,tapi ALLAH sebaik-baik perancang. Sebab tu lebih baik ketika meluahkan perasaan dengan si dia tu,bagitau dia awal-awal.. sebagai contoh:


"awak kita dah tahu hati dan perasaan masing-masing.. awak suka saya,saya pun suka awak tapi buat masa ni seeloknya kita berkawan sahaja,lagipun jodoh pertemuan di tangan tuhan,kalau ada jodoh tu,adalah.. andaikata awak jumpa jodoh lain selain saya.. saya bahagia untuk awak.. ALLAH dah pertemukan awak dengan jodoh awak,insyaALLAH jodoh untuk saya nanti saya harap awak doakan kebahagiaan kami"


hanya contoh ayat sahaja.. aku tak suruh korang gtao bf/gf korang..!

terserah korang ar.. nak kapel atau teruskan berkawan.. itu hak korang.. aku ni pun bukannya betul sangat.. kalau ada yang sudi nak jadikan aku sebagai bf,insyaALLAH aku akan pertimbangkan dengan sepantas yang mungkin. onthespot jawapan ku beri.. barangkali la.. haha..


Kalau dah suka sama suka tu,
Actually tak payah kapel pun tak apa.
Kekalkan je dengan hanya berkawan.
Ada jodoh tak ke mana.


agak-agak ada tak yang nak berkawan je?

Ini adalah entri auto publish.. aku harap ia tidak menyinggung mana-mana hati dan perasaan korang.
Pendapat aku tak kekal.. aku ni manusia biasa seperti kamu..

k beb.. gua tido dulu.. calo beteh..



p/s: lepas ni, jom kita tambahkan kawan-kawan yang berlainan jantina.. kita kawan semuanya..HAHA..

20 comments:

Anis Akhir said...

tak salah untuk mengenali dan berkawan dengan seseorang... Yg penting berlandaskan keikhlasan bukan atas sb yg tidak mendatangkan faedah, contohnya nak main2 je, saja nk test power dan sb2 yg tak elok...

Better kalau kita syg sgt kat someone tu, kalau lelaki terus masuk meminang dan nikah terus.. hehe...

bg perempuan plak, jgn terlalu terburu2 buat keputusan.. Jgn jd terlalu murah menjaja perasaan yg tidak ada kepastian..

Just my opinion... :)

Cik TeN10 said...

aku penah putus cinta.. yang putus hanyalah cinta tapi persahabatan tu tetap kekal.. sampai skrg pn aku masih berhubung dengan ex aku.. bagi aku.. aku rasa tak berbaloi utk putuskan sebuah persahabatan gara2 sebuah cinta.. sungguh tak berbaloi.. ini pendapat aku la.. :)

adan said...

Anis Akhir>> sy nak jgk jadi lelaki yg syg kat seseorang dan terus masuk meminang.. masaelahnya modal tak cukup.. hahaha.. hati dan perasaan syg tu tak boleh control.. tiba2 muncul.. haha..


Cik TeN10>> mmg tak berbaloi pun beb.. bagus lakalau mcm tu..

Cik Ungu Kamila said...

3 dr top 5 lelaki idaman malaya tu dah berpunyaa laaa. eh lagi 2 tu lelaki idaman malaya ke? ekeke *gurau*

DIA dah aturkan semuanya .. pertemuan, clash, ke jinjang pelamin .. semua tu bersebab. kalau jodoh x panjang, mungkin DIA mahu kita jadi lebih tabah & cari yg lebih baik. so jgn la rasa kecewa sgt :)

aReTikZ said...

Memang pun.. hakikatnya, couple is 4 what? xda matlamat bg sya.. jika benar suka, jika benar cinta, berusaha menikahinya, bukan skadar suka2 berkata nak bercinta.. kalau batas2 masih belum ykin terjaga..

^_^

Leods said...

slalu sgt org yg meluah tu nak kapel..eh rimasla I hehe

hassy chan said...

hasrat sume pompuan mst la nk laki y disyngi tu terus msuk meminang kan.. kalo bole xmo kapel.. da la xelok bnd tuh.. tp mslhnye xsume laki ad duit nk msuk minang kah3...

CekbOlat-bOlat said...

single best! bile capel or tunang mcm trikat.. skrg aku rse cm tu.. hmm bkn xsyg.. tpi.. arghhh >_<
mcm aku nk ckp.. "woii kita break" kbai.. erghh >_< tpi aku tk nak skejam itu.. ntah la wehh

blog-tips-kurus said...

aik?? nak yg lain jantina jek?? (",)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

jejaka idamanku...anuar zain..hehehe

fatima azzahra binti abdullah :) said...

best info nih . boleh nasihat kat kawan2 :D

qlah said...

sememang nya . pershabatan itu lebih indah .

apabila kita putus cinta , kekasih akan luput dari ingatan .
tetapi , sahabat ..

selama2nya tidak akan luput dari ingtan . InsyaAllah :)


adan > jum jadi kawan ? hehe ;D

diana said...

entah..tetiba tak reti nak komen2..heheh..

ILA SYAMILA ♥♥ said...

alahai knp sweet sgt nyee :D

ayuni said...

entri ni lawak tapi penuh maksud tersirat. terbaik la adan.

tak kapel pada status, tapi pasangan tu sendiri tahu.so, jaga jela batas2 pergaulan..lepas tu, terus ajak kawen. walaweh.. mmg best..haha..

* tpi maslahnye, ada ke lelaki yang xnak kapel tapi berkawan rapat?

Solihin Zubir said...

tu ka gambaq aurat kaki yg hg maksudkan?

jawapannya tetap haram sbb itu tetap dinamakan membuka aurat walaupun ditunjukkan hnya sebagahagian..

kalau tak, menyebar gambar sebahagian bontot itu halal la kan?

cik pha said...

hehhehehhehe kau kenapa adan? hehehhe dah sampai seru ker? adan,rasa,cinta itu akan jadi lagi "MAHAL" "BERHARGA" andai kau simpan.nt dia sah buatmu,barulah luahkan ^^ nt kawen ajak aku hehehe.

amy qlate said...

pernah alami situasi seperti ini....huhu...tersenyum sendri bila bc entry ni..teringat kenangan lalu.. tapi cinta xkesampaiaan..apa yg penting kita kena terima walaupun ianya terputus di pertengahan jalan kerana itu semua sudah di ditetapkan oleh ALLAH SWT.. jgn salahkan pasangan kita jika perhubungan kita tidak berakhir ke jinjang pelamin..

pha is said...

betol2.. lagipon, kapel2 ni bukannya elok sangat... hehehe

suha said...

jom jd bf suha!



kahkahkah