28.4.14

Mencari kunci kebahagiaan

Assalamualaikum.. hye blog yang dirindui. Kau apa khabar? Aku harap kau sehat, tapi kenapa aku tengok penuh sawang dah kau ni, dah tak terurus aku tengok. Kau ada masalah ke? Besar sangat ke masalah kau sampai kau jadi sebegini rupa..senyap je manjang..murung segala. Aku rasa aku lagi banyak masalah kena fikir dan selesaikan daripada kau tau.

Wahai blog aku nak tanya kau something.. kau nak tak hidup kat dunia ni..yer bumi ni. Nak tak?

Tapi sebelum kau bagi jawapan kau, biar aku bagitau sedikit pasal dunia ni, kalau kau nak tau dunia ni adalah tempat bermacam macam jenis manusia punya perangai.

Ada yang baik dan jahat.
Ada yang bodoh dan pandai.
Ada yang pemalas dan rajin.
Ada yang miskin dan kaya.

Kalau aku bagitau kau keseluruhan pasal manusia ni aku rasa tak cukup huruf-huruf dalam keyboard ni. Kau bayangkan sendiri bagaimana banyaknya perihal mahkluk yang bernama manusia. Aku malas.

Wahai blog, agak-agak la kan, kau boleh hadap tak perangai semua manusia-manusia ni? Kalau kau rasa kau tak boleh baik kau duduk diam-diam dalam komputer ni. Bukan apa,manusia ni kau tak boleh samakan sifatnya dengan diri kau tau. Kadang kau rasa kau dah cukup buat baik dengan manusia lain tapi mesti ada saja yang tak kena, ada je kesalahan kau yang kelihatan. Senang kata manusia yang ada penyakit dalam hati dia selalu sangat nak cari kesalahan kau.

Sebagai contoh, kau tengah nak buat program yang ada nilai-nilai baik untuk orang sekeliling kau, yang boleh mengeratkan lagi hubungan kau dengan manusia lain. Ikut perkiraan otak kau benda tu memang baik..kan. Tapi kau jangan hairan mesti akan ada je manusia yang tak puas hati. Macam-macam la yang dia akan lakukan nak burukkan niat baik kau tu. Time tu la kau tau betapa manusia ni kau kena lebih berhati-hati dengan mereka. Lagi-lagi hati mereka.

So, wahai blog biar aku bagi kau jawapan. Aku rasa kau patut duduk je dalam komputer ni. Tak usah la berangan nak ke dunia,aku tau kau tak tahannyer, lagipun kau dalam komputer ni boleh temankan aku, bukan apa aku just tak nak kau rasa sakitnya hidup di dunia ni, sakit luaran boleh diubati lagi, tapi sakit dalaman kau sendiri terseksa tau. Merana jiwa.

Wahai blog, kau jangan tanya aku terseksa atau tak kerna aku sedang kejar kunci kebahagiaan sebenar. Kebahagiaan yang aku pasti tak akan ada kecewa.

Nak ikut tak?
Kalau nak ikut aku kejar kunci tu boleh..
Sebelum tu kenali dulu dirimu. InshaAllah kau akan capai kunci kebahagiaan tu.

21.4.14

Jalan yang dipilih penuh ujian

Pernahkah kau menitiskan airmata saat melihat sahabat mu yang lain berlumba lumba mengejar cinta Allah.. dalam masa yang sama kau juga seperti mereka.. selalu tersungkur dalam larianmu mengejar cinta Allah.

Namun kau tak berputus asa kerna kau tahu Allah melihatmu..Allah melihat usahamu..Allah mendengar rintihan hatimu..

saat melihat perubahan sahabat mu itu kau teringin menjerit sekuat hati..

"sahabat aku bersama kamu! Semoga istiqomah sahabat!"

Kerna kau juga seperti mereka yang menyedari diri penuh noda dan dosa.

#Perlu diketahui jalan yang dipilih bukanlah jalan biasa, ia penuh dengan ujian. Sabar la menerima ujian,kerna satu saat nanti kau akan merasa bahagianya hati melepasi setiap ujian dalam jalan ini,semoga terus istiqomah dalam perubahan.

16.5.13

Seram : 'dia' nak ikut aku balik.

Malam tu seperti biasa,setelah habis masa bekerja,aku dan johari (member kerja@housemate) dalam perjalanan pulang ke rumah.Sebelum tu,biar aku perkenalkan,johari ni orangnya baik,hemsem pulak tu,belajar ilmu agama,pemegang sijil STAM (Sijil tinggi agama malaysia).Sesuai sangat jadi calon suami,dan dia still single n sedang mencari calon isteri..(korang nak kenal pm aku tau)

Santai2 drive sambil dengar muzik,tiba2 si johari ni bercakap sorang2 seolah-olah berbisik,slow sangat.Time tu aku buat biasa je,layan muzik lagi,sampai la dia pandang semacam padaku.Tajam pandangannya.Gila!

Aku apa lagi,disebabkan malas nak layan perasaan,dengan pantas aku tambahkan volume muzik,habis berdengung kereta dengan muzik rnb.Syok jugak time tu.Goyang2 kepala layan muzik.Ingatkan bila aku kuatkan muzik dapat la jugak hentikan si johari ni dari bergurau.Tapi hampeh dia still pandang aku dengan pandangan yang tajam,then dia pandang ke depan sambil bercakap sorang2. Berbisik.Gila! meremang gak aku dibuatnya..

Disebabkan tak tahan,ikutkan hati nak saja aku parking di bahu jalan,buku lima siap ku sediakan,hadiah buat johari.Jika sebelum ni kereta berdengung dengan muzik,tapi kali ni kereta bergegar dengan tumbukan padu,bertubi-tubi ke muka johari.Hancur lunyai muka johari.. Padan muka kau! Main2 lagi ngan aku..Itupun kalau ikutkan hati aku yang malas melayan ni.Nasib baik aku masih waras kalau tidak kompom serik budak johari ni bergurau hantu ngan aku.Hakikatnya dengan perasaan seram sejuk aku teruskan pemanduan kereta sampai ke rumah.

Time nak parking tu dia still bercakap sorang n memandang aku dengan tajam.Last2 johari cakap ngan aku,"adan 'dia' nak ikut kau balik.." perghhh... Ini gila! Dengan cool aku betulkan parking takut tersenggol dengan kereta lain lak nanti.

Sampai depan pintu rumah,time johari nak buka pintu.. "Johari! hantuuu..!lari johari.." dengan eksyennya aku kelam kabut lari konon2 ada hantu..saja aku menjerit ada hantu nak try si johari ni lari lintang pukang ke tak. Hakikatnya dia just senyum je.. Seram doh..cilakak kau johari! Kau buat sekali lagi kompom kau balik rumah jalan kaki.. Haha..